Saturday, January 5, 2008

Journey to S.U.D.A.N.

"Pool-sejenis makanan popular di Sudan"

Arghh, kena travel lagi? Travel menaiki 4wd L200 memang menyeksakan.Kalau sekejap oklah, tapi 5 jam beb. Aku redha…aku redha...terpaksa melalui perjalanan yang membosankan kejap lagi. Kali ni dari Al Jabalayn ke Palouge. Jalannya bukan ada tar, tanah merah.Memang offroad habis.

Last week aku dah merasai keperitan travel menaiki 4wd Landcruiser.Bayangkan 6 orang berhimpit-himpit selama 5 jam. Kematu jugak la bontot ku yang comel ni. Dah tu, yang naik pulak semua nya yang size XL. Naya-naya. Itulah pengalaman namanya.

Debu.Sepanjang jalan penuh dengan debu-debu kering. Maklumlah, selama aku duduk kat sini belum pernah merasai setitis hujan dari langit yang terbentang luas bumi S.U.D.A.N.Sudah masuk musim sejuk.Mentari masih menyinar walaupun suhu di waktu pagi seperti di Cameron Highland. Sejuk hingga ke tulang sum-sum.

Perjalanan tadi memang memberi satu pengalaman baru. Kami singgah di small town bernama Al Rank. Menemani driver-yang-reti-bebahasa-inggeris kitaorang lunch. Kitaorang terpaksa berbahasa isyarat jelah.Dah tu aku takde duit SD(dinar). Duit USD adalah.Tapi tak diterima pakai kat pekan ni.


Dia belanja makan “pool”. Makanan popular orang-orang sini. Roti yang dimakan bersama kuah kacang kuda/merah.Harga dalam SD5 sahaja. Tapi bagi aku lebih sedap makan roti canai. Layan aje lah.

Sempat juga aku snap beberapa keping gambar buat tatapan orang di rumah. Yang uniknya disini, Atos menjadi teksi selain tut-tut ( yang macam kat Thai). Kereta keldai pula menjadi transport orang2 miskin kat sini.

Nanti aku sambung lagi. Tunggu ye !
-arjuna-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...