Friday, January 1, 2010

Lepaking @ Kopi Club Dec 2009

Salah satu xtvt aku bila aku on leave...lepak at Low yat...hehehe...aku suka window shopping sambil update info pasal gajet2 terkini...

My latest gajet ialah Macbook..tadaaa....

Spec : 15 " Macbook Pro Intel Core 2 Duo


So sesapa yg dah ada Macbook Pro...tau la kehebatan dia...memang best giler...hehehe...

Dah la body solid aluminium...screen lak perghh...memang clear...patutla kat oversea aku tgk ramai org pakai Mac drp PC.

Tgh serius layan Macbook kat Kopi Club..hehehe

So,bercerita pasal Kopi Club nie, meals kat sini pun not bad...portion dia pun banyak...sambil2 makan leh layan wifi. 
Meh tgk menu-menu kat sini...

Menu : Harga pun not bad

  Nyummy...

Chicken chop pun ada...

So enjoys !
-arjuna-

Tuesday, May 5, 2009

Jom ke Genting

01 May 2009 = Hari Pekerja ( cuti ..horayyy !)



Entri kali nie..tentang trip ke Genting Highland.Masuk kali ni dah 3 kali aku naik ke Genting. Sempena cuti am, seluruh Malaysia ( tp Genting x cuti..hehehe) aku & miss bini decide daily trip to Genting...semata2 nak merasai suasana sejuk...maklumlah skang kan musim panas...

So trip kali gerak pagi dari rumah terus menuju ke Genting. Tepat jam 10 pagi, sampailah kami ke kota keriangan tu...memang riang pun...dah naik sini...kena jadi kanak2 riang..hehehe baru leh enjoy !
Tapi bila sampai kat puncak, manusia punyalah ramai...sampai nak parking keta pun susah...
Dekat setengah jam melilau cari parking, akhirnya dapat jugak parking kat Hotel First World. Nak check-in hotel? Minta maaf la..all room are fully booked. Tension tu yg jadi daily trip tu...hehehe.

Permandangan dari Cable car

Trip nie we all amik outdoor pass jer sebab kat indoor tu utk bebudak kecik jer...hehehe.
Macam2 jugak rides & games yg we all naik..memang enjoy giler...

miss bini - sebelum naik roller coaster

bersambung...tunggu ye !
-arjuna-

Saturday, January 5, 2008

Journey to S.U.D.A.N.

"Pool-sejenis makanan popular di Sudan"

Arghh, kena travel lagi? Travel menaiki 4wd L200 memang menyeksakan.Kalau sekejap oklah, tapi 5 jam beb. Aku redha…aku redha...terpaksa melalui perjalanan yang membosankan kejap lagi. Kali ni dari Al Jabalayn ke Palouge. Jalannya bukan ada tar, tanah merah.Memang offroad habis.

Last week aku dah merasai keperitan travel menaiki 4wd Landcruiser.Bayangkan 6 orang berhimpit-himpit selama 5 jam. Kematu jugak la bontot ku yang comel ni. Dah tu, yang naik pulak semua nya yang size XL. Naya-naya. Itulah pengalaman namanya.

Debu.Sepanjang jalan penuh dengan debu-debu kering. Maklumlah, selama aku duduk kat sini belum pernah merasai setitis hujan dari langit yang terbentang luas bumi S.U.D.A.N.Sudah masuk musim sejuk.Mentari masih menyinar walaupun suhu di waktu pagi seperti di Cameron Highland. Sejuk hingga ke tulang sum-sum.

Perjalanan tadi memang memberi satu pengalaman baru. Kami singgah di small town bernama Al Rank. Menemani driver-yang-reti-bebahasa-inggeris kitaorang lunch. Kitaorang terpaksa berbahasa isyarat jelah.Dah tu aku takde duit SD(dinar). Duit USD adalah.Tapi tak diterima pakai kat pekan ni.


Dia belanja makan “pool”. Makanan popular orang-orang sini. Roti yang dimakan bersama kuah kacang kuda/merah.Harga dalam SD5 sahaja. Tapi bagi aku lebih sedap makan roti canai. Layan aje lah.

Sempat juga aku snap beberapa keping gambar buat tatapan orang di rumah. Yang uniknya disini, Atos menjadi teksi selain tut-tut ( yang macam kat Thai). Kereta keldai pula menjadi transport orang2 miskin kat sini.

Nanti aku sambung lagi. Tunggu ye !
-arjuna-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...